Kuih lapis
Sunday, March 18, 2007
Kita boleh makan kuih tapi kita perlu beringat bahawa makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan penyakit diabetes dan penambahan berat badan. Denagn itu kita perlu mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan.
Apabila seseorang itu ada diabetes, dia tidak dapat mempergunakan tenaga dari makanan yang dimakan. Selepas seseorang makan, gula akan naik dalam saluran darahnya. Gula ini merupakan bahan api bagi badan menjalankan tugas harian. Hormon Insulin , yang dihasilkan oleh organ pankreas, diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut. Dalam diabetes, disebabkan Insulin ini tidak mencukupi ataupun ia tidak berfungsi dengan berkesan, gula dalam darah tersebut tidak dapat dipergunakan. Oleh itu, gula tetap tinggi di dalam darah. Gula yang tinggi di dalam darah inilah yang akan memberikan masalah jangkamasa pendek dan panjang.
KURANGKAN PENGAMBILAN GULA DALAM MAKANAN !!!!!!
Antara minuman kegemaran pengguna tempatan ialah teh tarik dan kopi tarik segera. Baik pada sebelah pagi, petang atau malam, minuman ini begitu laris di warung-warung dan kedai-kedai kopi. Kopi dan teh tarik memang enak diminum. Ramai yang gemar rasa minuman yang kaya dengan susu pekat manis itu. Kuih muih tempatan seperti dodol, puding, kek, biskut, seri muka dan sebagainya turut mengandungi banyak gula. Di samping itu, kita sering makan roti dengan jem dan kaya yang juga tinggi kandungan gulanya.
Mungkin tidak semua di kalangan kita sedar bahawa pengambilan gula berlebihan boleh membahayakan kesihatan kita. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan kita gemuk .Kegemukan adalah risiko yang berkaitan dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung. Selain itu, gula berlebihan boleh menyebabkan kerosakan gigi.
Sebenarnya, memakan gula berlebihan merupakan tabiat yang telah kita pelajari. Seperti juga amalan-amalan lain, tabiat tersebut boleh ditukar beransur-ansur. Contohnya, kalau kita memasak makanan manis, kita boleh menukar selera dan memilih makanan yang pedas. Sekiranya kita memilih makanan, kita boleh memilih makan yang kurang mengandungi gula.
Tabiat mengawal jumlah gula yang kita makan mungkin mengambil masa, tetapi kita harus mencuba agar kesihatan kita terpelihara. Adalah lebih baik kalau kita mengurangkan pengambilan gula sewaktu kita sihat daripada menunggu sehingga kita sakit dan baru mengambil tindakan. Pencegahan lebih baik daripada mengubat.
Berikut merupakan panduan mengurangkan gula:
Kurangkan memakan makanan manis seperti kuih-muih, kek, biskut berkrim, coklat dan ais krim.
Kurangkan minuman seperti minuman berkarbonat, sirap atau kordial buah atau kopi. Lebihkan meminum air kosong atau air buah tanpa gula.
Jangan beri minuman manis kepada kanak kanak. Jangan campur gula kepada susu atau jus buah. Tabiat gemar akan makanan manis perlu dielakkan sejak kecil.
Sekiranya membuat kuih muih, kurangkan gula dalam resepi.Biasanya pengurangan gula dalam resepi tidak menjejaskan rasa makanan.
Ketika membeli makanan yang siap dibungkus, baca label dengan teliti. Pilih produk yang mengandungi kurang gula. Utamakan makanan yang mengandungi label “tanpa gula tambahan”(without added sugar).
Elakkan menghidang atau memakan kuih muih sebagai pencuci mulut. Makanlah buah-buahan segar. Buah-buahan segar lebih berkhasiat serta baik untuk kesihatan

Subscribe to:
Posts (Atom)